Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ahmad Khatami kelmarin di dalam khutbah Jumaatnya membicarakan tentang persidangan NAM di Tehran dengan mengatakan, "Jikalau sesiapa yang ingin memahami betapa pentingnya persidangan di Tehran ini hendaklah mereka lihat pada kemarahan luar biasa di kalangan pemimpin Amerika dan regim Israel. Mereka berusaha sejak beberapa bulan lalu supaya para pemimpin negara-negara anggota tidak masuk ke Tehran, atau menyebabkan mereka menyertai persidangan di peringkat paling bawah, namun kehadiran negara-negara anggota dalam persidangan ke-16 ini melebihi dari had sederhana dan berlangsung sehingga menyebabkan Israel susah hati seperti yang dilaporkan oleh akhbar al-Ahram."Beliau menegaskan, "Sudah berapa lama media Barat melakukan propaganda bahawa Republik Islam Iran sudah dipulaukan dari kalangan masyarakat antarabangsa, namun dengan berlangsungnya persidangan ini seluruh dunia memahami bahawa Iran tidak terasing; malah kehadiran dua per tiga anggota PBB di Tehran menunjukkan Amerika dan Israel yang terpencil, ini disebabkan dengan ancaman, sogokan, usaha diplomatik, hasrat mereka tidak berkesampaian."Beliau menerangkan bahawa ketua negara-negara anggota NAM dapat mengenali Iran dengan kunjungan mereka. "Sebahagian pemimpin menyangka sebaik sahaja masuk ke Tehran mereka akan melihat sebuah negara yang kucar-kacir dan rakyatnya mengemis akibat sekatan ekonomi. Namun mereka sendiri melihat Iran yang stabil, tenang, penuh takzim dan penuh kehormatan. Mereka juga mengerti bahawa situasi yang dikatakan kepada mereka hanyalah pembohongan media kuasa angkuh semata-mata," ujar beliau.Anggota Majlis Khobregan Rahbari ini menceritakan pengakuan musuh Iran tentang kejayaan Tehran melangsungkan persidangan NAM dengan berkata, "Wakil Amerika dalam PBB yang terkenal dengan sikap anti-Iran mengiktiraf kejayaan Iran dalam melangsungkan persidangan ini dan sekatan tidak memberikan kesan terhadap kegiatan nuklear.""Melangsungkan persidangan ini adalah suatu kerja besar, dalam kerja ini rakyat serta pegawai sukarela Basij sangat diperlukan. Ucapan terima kasih ditujukan kepada rakyat; Sidaye Sima selaku media nasional dan media penulisan mampu menunaikan tanggungjawab, begitu juga para pegawai keselamatan, polis, tentera dan pegawai perkhidmatan, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada mereka. Namun di antara semua ini, kita tidak boleh lupa peranan asasi dalam kejayaan yang progresif ini, iaitu pemimpin tertinggi (Rahbar)," tambah beliau.Mengenai ucaptama pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran, beliau mengatakan, "Ucapan panjang, berfakta, logik dan kepimpinan berani terhadap 20 fokus, merupakan titik perubahan yang lazim dalam struktur PBB, beliau mampu menunjukkan kepatuhan Amerika kepada regim Zionis dan menyediakan langkah-langkah untuk Palestin."Beliau mempunyai keberanian menyatakan pendiriannya, dalam persidangan antarabagsa beliau dengan jelas membuka birai skandal ketelusan Amerika, seperti biasa beliau berterus terang dan dengan tegas mempertikaikan regim Zionis. Setelah kenyataan itu, regim Zionis mulai marah, sebagai bantahan mereka mengatakan: mengapakah tidak ada seorang pun yang keluar dari persidangan untuk protes? apabila tidak ada orang yang keluar dewan, ini menunjukkan bahawa regim Zionis dipinggirkan dan dipulau dikalangan negara-negara lain.""Selama persidangan, pemimpin tertinggi mengadakan 18 pertemuan di mana ini menunjukkan keceriaan dan kecergasan pemimpin tertinggi revolusi dalam menyampaikan mesej revolusi Islam kepada negara-negara lain," tambah beliau.